top of page

Assalamu'alaikum dan salam perpaduan 1 Maya.

Syukur alhamdulillah, berkat anugerah rezeki kesihatan daripada Allah SWT, maka dapatlah saya memanfaatkan masa cuti persekolahan untuk membina Laman Sesawang rasmi bagi sekolah kesayangan; Sekolah Kebangsaan Kunak 2, Kunak.

 

Niat hendak membangun sebuah Sistem Pangkalan Data(Database System) dan Laman Sesawang(Website@URL) sebegini memang sudah lama terpendam iaitu semenjak tamat pengajian setahun dalam bidang Pengaturcaraan Komputer di Universiti Sains Malaysia(1993-1994).

 

Sebelum membina laman sesawang ini, saya sebenarnya berhasrat benar untuk mengisi masa cuti ini untuk menghasilkan penulisan buku yang kedua setelah kejayaan menghasilkan buku sulung saya yang tidak seberapa.  Buku yang diterbitkan oleh Sasbadi Sdn. Bhd ini akan berada di pasaran mula pada Januari 2014.

Syukur alhamdulillah, rezeki mendatang, saya ketemu perisian WIX yang pada mulanya ditawarkan secara percuma.  Perisian ini sangat mudah digunakan; boleh kata hanya "Drag - Drop - Done."

 

Oleh itu, status laman sesawang yang anda layari sekarang ini adalah bernilai percuma, tetapi ia akan perlu dinaiktaraf kepada nilai 'premium' mengikut kehendak empunya perisian WIX.com.

 

Selain itu, bagi makluman anda juga, status laman sesawang ini masih dalam mood pelancaran sambil ubahsuai semasa.  Ini disebabkan beberapa info yang masih belum lengkap; seperti gambar-gambar majlis Hari Guru, Majlis Anugerah Sekolah, Aktiviti "Kembara Mahabbah", maklumat staf, maklumat Perancangan Strategik Sekolah, penetapan pautan Kementerian Pendidikan, Malaysia, Jabatan Pendidikan Sabah, Muka Buku rasmi Pejabat Pengarah Pendidikan Sabah, sistem-sistem pentadbiran 'online' dan berbagai lagi serta maklumat berkenaan PIBG.  Susunan grafik dan rekaletak juga masih dalam bentuk asal yang ringkas; akan dilakukan proses penambahbaikan supaya ia lebih menarik.

Terima kasih

dan salam sayang untuk semua.

Saya dengan penuh ikhlas, berlapang dada dan minda terbuka mengharapkan para sahabat maya sudi-sudilah kiranya mengajukan pandangan-pandangan dan komen yang membina dalam ruangan 'Hubungi Kami' bagi maksud penambahbaikan.  Pandangan anda boleh jadi menyentuh tentang rekabentuk dan rekaletak laman sesawang ini, mahupun segala kandungan yang terdapat di dalamnya.

 

Kepada seluruh warga SK. Kunak 2, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas segala pengorbanan, kerjasama dan sumbangan yang ikhlas dan berterusan terhadap pembangunan sekolah kesayangan kita ini.

 

Kepada Puan Ummai Salmah Abdul Karim, Pegawai Pendidikan Daerah Kunak dan semua anggotanya; terima kasih banyak-banyak atas bimbingan dan kepimpinan yang mesra dan penyayang

 

Kepada Yang Berbahagia Datuk Jame Alip, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, penolong Pengarah, Puan Hajjah Maimunah Suhaibul, dan Ketua-ketua Sektor, terima kasih tidak terhingga atas segala khidmat dan kerjasama untuk membangunkan sekolah ini dari pelbagai aspek.

 

Khas buat isteri tersayang; Puan Nor Hayati Dawood dan semua anak-anak yang menjadi pertaruhan nyawa saya; terima kasih tak terkata atas segala kasih sayang dan sokongan semua untuk daddy.

bottom of page