top of page

TENAGA  PENTADBIR

Mendapat pendidikan awal di Native Voluntary School, Bohayan Island, Lahad Datu; Native Voluntary School, Tingkayu, Kunak dan Sekolah Kebangsaan Pekan Kunak. Mengalami persekolahan yang beberapa kali terhenti disebabkan keadaan hidup yang tidak mengizinkan. Terpaksa berpindah -randah mengikut bapa saudara, emak saudara, dan nenek setelah kematian ibu pada umur 3 bulan selepas lahir.. Meneruskan pendidikan menengah di SMK. Kunak, dan SMK. Majakir, Papar. Merupakan anak, tunggal dari ibu asal dan mempunyai seorang adik tiri lelaki. 

Minat mendalam dalam bidang teknologi komputer dan komunikasi. Pernah mengikuti kursus selama setahun dalam bidang Komputer Dalam Pendidikan dengan pengkhususan; Pengaturcaraan Komputer di Universiti Sains Malaysia(1993-1994). Minat mendalam juga dalam bidang seni visual, bahasa dan sastera. Pernah menjadi Pengerusi BAHASA(Badan Bahasa Sabah) cawangan daerah Kunak pada tahun 1989 hingga 1995. Menyertai Hari Sastera Nusantara pada tahun 1983 di Johor Bahru. Peserta Sayembara Puisi peringkat negeri Sabah pada tahun 1997. Memenangi hadiah Naib Johan pertandingan menulis essay peringkat antara universiti seMalaysia pada tahun 2003. Membentang kertas kerja bertajuk “Ekstrak” dalam Seminar Teori dan Kritikan Sastera peringkat Universiti Pendidikan Sultan Idris pada 8 Februari 2003.  Telah menulis sebuah buku bacaan kanak-kanak; Semarak Nilam KSSR, terbitan Sasbadi Sdn. Bhd.

Menyandang jawatan Ketua Kelas dan Pangawas semasa sekolah randah. Menyandang jawatan Ketua Murid Lelaki, Ketua Pengawas Asrama, dan Ketua Pengawas Sekolah semasa di sekolah menengah. Dianugerah gelaran Pelajar Terbaik SMK. Kunak(1979). Menyandang jawatan Setiausaha Agung Majlis Guru Pelatih di maktab. Menyandang jawatan Exco Akademik; Majlis Perwakilan pelajar semasa di universiti.

Mendapat anugerah pingat kebesaran negeri Sabah iaitu; Bintang Setia Kinabalu(BSK) pada tahun 2000, Anugerah Khidmat Cemerlang pada tahun 2004, Anugerah Khidmat Bakti Pedalaman peringkat negeri Sabah pada tahun 2010, Anugerah Headmaster of The Year pada tahun 2011, dan Anugerah Imam As-Syafie peringkat daerah Kunak pada tahun 2011 sempena Sambutan Maal Hijrah.

Selain menjadi guru mula pada tahun 1986, beliau juga pernah menyandang jawatan Pegawai Penyelaras Pusat Kegiatan Guru Daerah Kunak(1991-1997), menjadi Guru Besar di SK. Tanjung Keramat(1998 -1999), Penyelia Kurikulum Pejabat Pelajaran Daerah Kunak(2000-2001), Guru Besar di SK. Skim Kokos, Kunak(2005-2011). Sekarang bertugas sebagai Guru Besar di SK. Kunak 2, Kunak.

Motto hidup: Belajar sepanjang hayat.   Bersederhana dalam segala hal. Biarlah menunggu jangan kena tunggu.     Redha dan berserah kepada Yang Maha Kuasa.  Mengalah bukan bererti kalah.

NAMA : ROSLAN BIN MOHD.ISA

NO.KPT : 630712-12-5327 ( H 0686836 )

TARIKH LAHIR : 12HB.JULAI 1963

TEMPAT LAHIR : KUNAK, SABAH.

NO.FAIL JABATAN : JP/(SB)/C2-04/5384.

NO.FAIL SEKOLAH : XBA3203/11/01/67.

PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH : SK.PEKAN 1 KUNAK ( 1970 – 1975 ).

PENDIDIKAN SEKOLAH MENENGAH : SMK.KUNAK ( 1976 – 1981 ).

 

SELANJUTNYA MENDAPATKAN KURSUS PERGURUAN : ( 1983 – 1985 ).

Maktab Perguruan Raja Melewar,

Seremban,

Negeri Sembilan Darul Khusus.

MULA BERKHIDMAT : 6HB.JANUARI 1986.

TARIKH LANTIKAN PERTAMA : 1HB.MACH 1986.

TARIKH SAH JAWATAN : 1HB.MACH 1987.

 

SEKOLAH PERTAMA BERKHIDMAT  : SK.MOSTYN, KUNAK.( 1986 - 1999 ).

1.1989 – 1994     KAKITANGAN SUMBER MATEMATIK SR.

                           KAKITANGAN SUMBER PUSAT SUMBER SEKOLAH SR.

2.1994                  MENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG.

3.1995 – 1999     JURULATIH UTAMA MATEMATIK SR.

                           

SEKOLAH SEKARANG : SK.KUNAK 2, KUNAK.( 2000 - 2013 )

 

1.2000                 MELAPOR DIRI SEBAGAI PENOLONG KANAN 1.

                                      MENERIMA PERUBAHAN GRED KE GRED DGA32.

2.2004                 MENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG.

3.2012                 MENERIMA PERUBAHAN GRED KE GRED DGA 34.

4.2012 ( Sept )   MENGIKUTI PROGRAM PENGSISWAZAHAN GURU ( PJJ OUM ).                

 

Mula bertugaxs di SK. Kunak 2 pada tahun 2008 sebagai Penolong Kanan Kokurikulum.

ROSLAN BIN MOHD. ISA

Penolong Kanan 1(DGA34)

Kunak, Sabah.

 Maktab perguruan Raja Melewar. Negeri Sembilan D.K.

ASIA@ROHANA SANDAMUDDIN

Penolong Kanan KOKUM(DGA32)

Semporna, Sabah.

 Maktab  perguruan Gaya,  Sabah.

YUSOF  BIN  LEMON

Penolong Kanan HEM(DGA32)

Kunak, Sabah.

 Maktab  perguruan  Sandakan,  Sabah.

AHMADIDIN BIN ROSIDIN B.S.K.

Guru  Besar (DG44)

Kunak, Sabah.

Ijazah Sarjana Muda (Dengan Kepujian; Universiti Pendidikan Sultan Idris, Maktab perguruan Temenggong Ibrahim, Johor. D.T.

Pernah bertugas di SK. Tun Fuad, Kunak, kemudian dilantik menjadi Penyelia di Pejabat Pelajaran Daerah Kunak. Pada tahun 2012 ditukarkan ke SK. Kunak 2 menyandang jawatan Penoloong Kanan Hal Ehwal Murid sehinggalah sekarang.

 

Prinsip: Sentiasa cuba yang terbaik.  Tak kisahlah apa orang buat.  Menolong pada setiap masa.

bottom of page