top of page

Al-kisahnya......

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

TARIKH PENUBUHAN & PENGASAS SEKOLAH.

 

          Sekolah Kebangsaan Kunak 3 pada awal penubuhan merupakan sebuah sekolah agama dewasa. Seorang guru iaitu Encik Uttoh Tahassam telah ditugaskan di sekolah ini dengan memulakan khidmatnya sebagai guru agama di sekolah balai raya yang terdapat di kampung ini.

          Memikirkan betapa pentingnya pendidikan dalam kalangan penduduk-penduduk tempatan di kampung ini, beberapa orang pemimpin masyarakat kampung telah mendesak kepada pihak kerajaan supaya sekolah kerajaan di dirikan di kampung ini. Kesan desakan tersebut, pihak kerajaan telah mendirikan sebuah sekolah kerajaan yang mengandungi sebuah bilik darjah dan sebuah rumah guru di bina pada tahun 1972 berhampiran dengan balairaya tersebut.

       Melalui penubuhan ini, pada 17 April 1973 bermulalah satu era baru corak pendidikan di kampung ini daripada sebuah sekolah agama kepada sebuah Sekolah Rendah Kebangsaan Kunak Tiga dengan bilangan murid seramai 77 orang

 

PERKEMBANGAN PELAJAR SEKOLAH MENGIKUT SEJARAH.

    Pada tahun 1972, kerajaan telah mendirikan sebuah sekolah bangunan kayu yang mengandungi sebuah bilik darjah dan sebuah bangunan rumah guru di atas tanah kerajaan yang berbukit.

            Sambutan dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah ini amatlah menggalakkan dan dengan pertambahan bilangan murid tersebut, sebuah lagi bangunan yang dilengkapkan dengan dua buah bilik darjah dan dua buah setor telah didirikan pada tahun 1977. Bangunan ini merupakan sebuah bangunan kayu di bawah kelolaan Jabatan Pelajaran Sabah pada ketika itu, melalui Jabatan Kerja Raya (JKR ). Dalam tahun yang sama juga dua buah rumah guru telah didirikan bagi menampung bilangan tenaga pengajar di sekolah ini.

            Bagaimanapun, pembinaan bangunan di sekolah ini tidak berhenti di situ sahaja kerana    sejak sekolah ini ditubuhkan sehingga sekarang ia telah mempunyai beberapa bangunan baru termasuk pembinaan kelas Pra sekolah , Bangunan Makmal Komputer  dan tambahan rumah guru berkembar. Ini menjadikan kelas Pra sekolah menjadi dua dan perumahan guru menjadi lapan termasuk perumahan guru yang lama. Bilangan murid juga turut bertambah sehingga pada masa kini bilangan murid SK. Kunak 2 adalah mencecah seramai 376 Orang iaitu meliputi pelajar  dari Pra Sekolah hingga pelajar Tahun 6.

 

SOSIO EKONOMI KELUARGA / PENJAGA MURID.

Jika ditinjau dari segi Sosio Ekonomi Keluarga atau Penjaga Murid di sekolah ini. Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa sebahagian besar ahli masyarakat sekolah ini adalah berada di bawah paras ekonomi yang sederhana. Perkara ini berlaku disebabkan oleh  sebahagian besar daripada ahli masyarakat sekolah ini bergantung kepada hasil pertanian dan  perikanan  secara kecil-kecilan sebagai sumber pendapatan harian hidup mereka dan terdapat juga ahli masyarakat sekolah ini yang tidak mempunyai pekerjaan yang tetap.

 

 

 

 

 

KEMUDAHAN PERHUBUNGAN DENGAN SEKOLAH.

Sekolah ini boleh dihubungi dengan kemudahan jalanraya. Adalah dianggarkan 90% daripada bilangan murid di sekolah ini menggunakan kemudahan tersebut dengan berjalan kaki ke sekolah. Sementara selebihnya menggunakan pengangkutan kenderaan seperti bas, pacuan empat roda dan motokar.

 

KEMUDAHAN PERHUBUNGAN DENGAN AGENSI LUAR.

Kedudukan sekolah ini adalah tertakluk pada kawasan luar bandar. Walaupun kedudukannya terletak kira-kira 5 KM daripada Pekan Kunak.  Rangkaian jalanraya dapat menghubungkan Pekan Kunak dengan menaiki kenderaan seperti motokar, motosikal, basikal dan bas. Dengan ini dapatlah ahli masyarakat kampung dan sekolah berulang-alik ke Pekan Kunak bagi mengatasi urusan seharian mereka.

 

KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR.

Merujuk kepada perkembangan  kemudahan infrastruktur, dapatlah dinyatakan bahawa kemudahan infrastruktur yang ada di sekolah ini telah menunjukkan perkembangan yang amat ketara berbanding sebelumnya. Pelbagai kemudahan telah dibina untuk kemudahan warga sekolah dan pelajar. Penyediaan bilik-bilik penolong kanan, pusat sumber sekolah, bilik serbaguna PPSMI, bengkel  Kemahiran Hidup, bilik Pusat Akses Sekolah ( PAS ) , bilik Bimbingan dan Kaunseling, dua blok kelas Pra Sekolah, kantin yang telah diperbaiki dan bilik komputer yang masih dalam pembinaan turut disediakan. Walaupun peralatan yang disediakan masih tidak mencukupi dan kurang lengkap. Namun ia masih mampu membekalkan peralatan untuk kemudahan para pelajar dan ini memberikan peluang yang baik kepada semua guru dan murid di sekolah ini.

 

TUKAR  NAMA

Lebih kurang pada pertengahan tahun 1990an, nama sekolah ini telah bertukar daripada Sekolah kebangsaan Kunak 3 kepada Sekolah Kebangsaan Kunak 2.

 

 

 

 

 

 

SENARAI GURU  BESAR.

Dari segi pentadbiran , Ditinjau dari peringkat awal sehingga kini. Sekolah ini telah ditadbir oleh sebelas orang Guru Besar iaitu sejak bermula ianya ditubuhkan mulai tahun 1974 sehingga masa kini. Dan berikut  adalah senarai nama jawatan Guru Besar yang pernah menyandang jawatan Guru Besar di Sekolah Kunak 2.

 

BIL

NAMA GURU BESAR

TAHUN

BIL. MURID

1

En. Zainal Abidin Laja

1973 – 1974

77 Orang

2

En. Rusaing B. Bantagi

1974 – 1976

112 Orang

3

En. Kamarun Zaman Shahabudin

1976

103 Orang

4

En. Sh. Shamsudin Sh. Sagap

1976

97 Orang

5

En. Abdul Rahim Othman

1976 – 1978

124 Orang

6

En. Ajirul Hj. Hamzah

1979 – 1985

190 Orang

7

Pn. Mahani Hj. Ibrahim

1985 – 1988

198 Orang

8

En. Abd. Kahar B. Awang Yahya

1988 – 1993

242 Orang

9

En. Mohamad Latip Hj. Katik

1997 – 2003

375 Orang

10

Hjh. Mariam Bt.  Hj. Mohammad

2003 – 2011

387 Orang

11

Ahmadidin  Rosidin

2011 - sekarang

387 Orang

 

            Kemudahan yang ada pada masa kini semakin bertambah dan semua ini adalah hasil usaha gigih semua pihak yang bertungkus lumus untuk menjayakan sekolah ini. Kini, sekolah ini telah beroperasi sepenuhnya di bangunan baru yang hampir serba lengkap dengan kos pembinaan bernilai RM13.8 juta ringgit.

bottom of page